Memetik Rujukan Tanpa Memplagiat (dalam proses)

Secara ringkas ciplak terdiri dari dua jenis:

1)      Ciplak terang-terang: Anda mengambil tulisan seseorang dan mengakui ianya sebagi tulisan anda.

2)      Ciplak kabur: Anda menyatakan bahawa anda memetik ide dari seseorang. Dalam ayat-ayat penulisan anda, anda tidak menunjukkan dengan jelas ide yang mana satu adalah ide individu yang dirujuk, dan yang mana satukah ide anda sendiri.

Terdapat banyak artikel mengenai apa itu  plagiat atau menciplak, anda boleh google dan mempelajarinya.  Yang saya ingin bincangkan di sini adalah strategi penulisan yang boleh mengelakkan anda dari menciplak terutama ciplak jenis kedua.

Kenapa kita membuat petikan (citation)

Penulis akademik yang baru mungkin harian dengan dua arahan yang nampak seperti bertentangan antara satu sama lain.

1) untuk penulisan menjadi ilmiah, anda harus memasukkan ide atau  petikan dari penulisan akademik orang lain

2) anda tidak boleh meniru (plagiat/ciplak) ide atau penulisan orang lain.

Arahan ini sebenarnya tidak bertentangan jika anda memahami bagaimana untuk menggunakan ide orang lain tanpa meniru ide tersebut bulat-bulat. Anda boleh mengelakkan ciplak apabila dalam penulisan, anda menulis supaya jelas di pihak pembaca, perkataan, atau frasa yang manakan dipunyai oleh individu yang dirujuk, dan ide manakah yang dipunyai oleh anda sendiri.

..to be continued

Leave a comment

Filed under Kraf Penulisan

Perisian Mendeley dan Penulisan Tesis (Artikel dalam Progres)

Terdapat beberapa perisian untuk bibligraphy management, lebih kurang sama saja fungsinya. Saya pada asalnya menulis artikel ini merujuk kepad Endnote ( kerana saya menggunakan Endnote pada zaman saya beljar dahulu). namun sekrang, sebab Mendeley adalah percuma dan rakyat Malaysia sangat minat yang percuma- maka saya  bincangkan Mendeley sahaja. Jika anda gunakan referencing software yang lain, falsafah dan cara menggunakannya sama sahaja.

Pertama, bagi yang masih belum mengenali: apa keuntungannya menggunakan  referencing software?

1) Menyenangkan kerja semasa memasukkan citation semasa thesis. Tak perlu lagi semak-semak matching atau tidak citation dengan senarai reference  dihujung tesis.

2) Insyaallah dijangkan selamat data references anda hingga ke anak cucu. (Hmm, (mungkin lebih sesuai jika saya katakan ‘sehingga anda menjadi professor, hmmm atau ‘sehingga anda masuk qubur’- tazkirah tetap kena tazkirah juga)

3)kesenangan memasukkan citation sedia ada apabila menulis artikel baru di masa depan nanti. (Word 2007 juga mempunyai feature utk memasukkan  rujukan, teapi ianya thanya ersimpan dalam artikel tersebut sahaja.  Dalam Mendeley, library rujukan ini tersendiri dan boleh digunakan lagi dan lagi semasa menulis artikel baru)

Point ke tiga ni memanglah calon Phd selalu tidak mahu berfikir lagi, namun saya sebagai orang tua ingin bercakap besar ( errr… hanya untuk menyampaikan point yang penting – jika saya diminta menghasilkan artikel dalam bidang saya pada malam ini, saya akan insyallah mampu menghasilkannya siap dengan rujukan yang meyakinkan. Tipu ke? tidak- kerana saya menggunakan citation yang telah saya baca dan telah Mendeleykan dengan tekun semasa tempoh penulisan sebelum ini. harap maklum- ini bukan bercakap besar puji diri ya! Ia sekadar bercakap besar untuk  iklankan  kekuatan akademik anda jika anda menggunakan referencing software  secara konsisten.

Jika itu tak laku juga, saya ceritakan, bagi yang ada himpunan reference dibaca dalam Mendeley, anda boleh yakin diri semasa viva, semasa examiner gempar sikit tanya mengenai satu artikel, anda tanpa mengheret semua khazanah artikel anda berkotak-kotak, boleh click sekali  dua kali, akan sampai ke artikel yang dimaksudkan. Dari situ, anda boleh bersembang santai menceritakan  apa gist yang penting atau pendapat anda mengenai artikel tersebut. Hebatkan? Semasa viva, anda boleh bawa laptop kedua supaya membuka buka library endnote tidak akan mengganggu laptop  presentation anda. Takutlah nanti bila buka tutup powerpoint tu bertambah gugup pula.

Bagi yang belum memasukkan data menggunakan Mendeley, segalanya masih belum terlambat. Seorang rakan kita bertekad memasukkan semula semua citation menggunakan Mendeley. Beliau melaporkan – kerja tersebut siap dalam tempoh seminggu. Seminggu bukanlah lama dalam jadual PhD, kita beraya pun kadang-kadang bercuti  tesis terlajak sehingga tiga minggu. yang sakit jiwa atau mendapat blok mental – ada sahabat yang bercuti terlajak tiga tahun pun saya kerap jumpa juga. Maka- apalah seminggu kerja cut n paste ini. Jika anda bijak, entah -entah ada cara untuk import dri senarai anda ke Mendeley- cuma saya tak sampai ke situ membat eksplorasi Mendeley.

Yang menjadi penghalang kepada calon menggunakan Mendeley ini selalunya adalah kemalasan untuk mencuba perkara baru, kurang kegigihan untuk belajar dan bertanya, dan suka kembali kepada shortcut. Mentaliti ini perlu dibanteras sendiri. Laporan yang saya selalu dengar; ” saya picit sini picit situ, hilang data, saya pun kembali kerja cara taip sajalah,; atau ” saya perlu buat begini, Mendeley degil tetap keluar begitu, jadi saya taip saja, lagi senang – jimat masa.”

Orang yang bercakap sedemikian sama seperti orang yang biasa menaip dengan mesin taip, apabila diajar menggunakan word processor dalam komputer, tidak tahu memetik suis letrik, jadi terus kembali kepada mesin taip.  Asalkan siiap- itu lebih penting. Sikap ‘expedient‘  memang bagus dalam PhD, kerana orang yang pentingkan asal siap, akan lebih cenderung siap berbandingkan dengan orang yang mengejar kesempurnaan. Namun, kecewa mempelajari Mendeley adalah sikap malas dan mudah putus asa. Nasihat saya, mudah saja belajar, jika tidak tahu bagaimana untuk membuatkan Mendeley melakukan apa yang anda mahu ia lakukan, anda boleh belajar lagi. Tanya orang, cari bengkel, dan google untuk cari demonstrasi di  you- tube.  Fikirkanlah begini, orang lain telah ramai menamatkan tesis mereka menggunakan Mendeley, tentu mereka sudah jumpa caranya mengatasi masalah yang saya hadapi ini. Sebaliknya, jangan pula fikir orang ramai sudah tamat tesis tanpa endnote, biarlah saya juga begitu  -ini seperti kembali ke zaman mesin taip kerana ada sedikit masalah dengan laptop anda.

Bagaimana Menggunakan Mendeley:

Saya tidak mahu beri  tutorial bagaimana menggunakan  kerana anda boleh google dan belajar sendiri, teroka sendiri atau belajar dari rakan.

Saya lebih berminat untuk menceritakan bagaimana anda menggunakan Mendeley atau mana mana perisian rujukan untuk membentuk sistem  membaca, menyimpan rujukan, juga sistem menulis yang bersepadu dan berkesan. Maka anda harus dahulu belajar menggunakan Mendeley  di tahap berfungsi sebelum meneruskan bacaan ini. Tidak perlu ke tahap yang hebat. Anda akan belajar apa yang perlu sacara semulajadi senandai anda mula menggunakannya.

langkah 1: Anda harus belajar menggunakan endnote sehingga mampu memasukkan maklumat rujukan dan meng ‘insertkan’ makluat tersebut ke dalam penulisan anda’

langkah 2: membaca, memetik, menyimpan, membuat penulisan – akan dibincangkan pada artikel lain.


Leave a comment

Filed under tools

Memaparkan artikel dalam proses

Assalamualaikum rakan-rakan PhD,

Saya ni bercita-cita tinggi, tapi tangan tercapai sini sana- kurang fokus, itu sebab saya banyak site, tapi semuanya memerlukan updating yang ‘severe’.

alhamdulillah terdapat perkembangan yang menggalakkan dalam site ini, disebabkan lawatan dari rakan rakan dari facebook dari Group Dr. madya dan group Thesis writer. jadi saya pun rasa terpanggil untuk memulakan memaparkan artikel yang berguna. maka perancangan yang agak praktikal disini saya fikir:

1) mohon izin, biarlah saya paprkan artikel dalam bentuk tiadak siap. ini akan menggalakkan saya menyiapkannya, disamping artikel tersebut akan terbentuk dari komen dan soalan yang timbul. Mohon kawan memberi komen kepada artikel tak siap tersebut. Saya fikirkan jika tunggu artikel siap baru posting, alamat tak bergeraklah site ini. Mungkin kita gunakan pendektan thesis writing dan PhD work-   hasil kerja harian kita adalah work in progress, kita tak boleh tunggu hasil akhir sahaja sebagi hasil kerana  untuk endaptkan hasil akhir dalam phd terlalu jauh. Jadi artikel dalam site ini juga merupakan work in progress.

2) saya mohon gunakan bahasa rojak, sebab nak jimat masa. Memang cleaning up amat penting dalam menghasilkan artikel dan penulisan yang baik, tapi oleh keranan artikel di sini work in progress, boleh lah ye?!

3) mohon rakan tanya soalan dan beri komen bawah artikel megikut topik sebolehnya, kalau tak boleh pun tak apalah, cuba saja.

4)saya akan ambil soalan dan komen dari kedua dua group kita, dan juga jika ada di sini, dan cuba jawab dalam bentuk artikel

5) cuba jemput diri anda dan sesiapa saja yang minat untuk menulis artikel panduan di sini; mungkin berserta link yang berguna, discussion semasa mungkin lebih sesuai dilakukan di support group kita,  tapi kalau dah terbincangkat sini pun tak ada masalah. dalam ikhtiar pHD ni redundant tiada masalah kearana hasil akhirnya yang penting, bagi anda- mendapt PhD, bagi saya mendapt hasil penulisan panduan PhD.

1 Comment

Filed under Uncategorized

Something to help you pace yourself!

A great discovery here, suggested  to me by one of our phd candidate in our support group. ( if you want to join, get a face-book account and click here  (   http://www.facebook.com/search/?o=69&init=s%3Agroup&q=let%27s+pray+for&s=10#/group.php?gid=265268706287 )  this is for malaysians only,  or should I say for those who can speak in bahasa Malaysia. We do bilinguals and rojak (mixed language) but I believe there are already plenty of English speaking platform group, so this is where Malays can relax and feel at home.

It’s a simple and ingenious idea, as all great ideas here. If you use a kitchen timer, it help you pace yourselff in small stops. It has always been proposed that if you do work in a fifteen minute chunk, you will have the discipline to push yourself since it will appear doable to you, and when you’re done, walla ..  you get yourself an accomplishment in just 15 minutes.

Accomplishments give you the adrenaline rush, and will start to be addictive, great huh? But even if  you can’t get to that level, a trickle of please-with- yourself will not do any harm, so to work in a fifteen minute spurt is always a great idea.

David Seah ( just gotta know him today and i love him already!) has taken this fifteen minute chunk and kitchen timer thingy another step beyond.  with this thingy,  you don’t have to waste your time  messing up with the timer ( aha- no excuses to run to the store now!)

this reminds  me of the time when my old institution , MARA, asked us to fill in this 1 minute form, it was exasperating. I mean what can you put for every fifteen minute when you spent the last three hours finishing a novel heh heh!. Anyway, after the desperation and creative white lies, I actually learned how to put in some good fifteen minutes to work, and I felt pleased with myself.

Oho.. there goes the fifteen minute timer for the fifth time ( and all I got to answer to myself was on the face-book heh heh. I’d better be specific and differentiate between fB counseling my grand nephew, FB writing up encouragements for phd candidates, or simply bumming around FB heh heh.  And the timer uses a gamelan like sound, very pleasant to me and not intimidating at all.

I’m gonna try this with my writing – tomorrow, that is heh heh

check it out for yourself

http://davidseah.com/tools/ett/alpha/

Leave a comment

Filed under tools

Assalamualaikum calon-calon PhD

Assalamualaikum and greetings to fellow PhD candidates.

This site is for candidates to help each other in learning the ropes in the PhD journey. My main concern is for fellow Malaysians, but everyone is welcome here.

You are welcome to post useful links and start useful discussions.

Leave a comment

Filed under Uncategorized